Friday, 1 June 2012

kulit Dimamah USIA


18-19 tahun

Sedikit Demi sedikit timbul kesan lingkaran di bawah mata.
Jika tidak diawasi sedikit garis kedutan pada kening Akan timbul.


20-39 tahun

Kedutan Alan menjadi lebih rumit jika memiliki kulit kering.garis2 halus
mulai menyinggah di sekeliling mata.





40-49 tahun

Kulit pada bahagian kelompak mata mula mengendur.


50-59 tahun

Tanda2 tua semakin ketara terutama pada bahagian keliling bibir.
muncul garis2 halus pada kelopak mata dan dahi.

60-70 tahun

Hanya keajaiban perubahan dan pembedahan dapat mengaburi pandangan orang ramai terhadap garis2 ketuaan yg ada pada wajah..


Contohyer guna botol?.he22

Thursday, 31 May 2012

Petua cantikkan bibir Hitam bila pakai lipstick

Salam all..
Hari ni saya nak share Petua untuk cantikkan bibir..

                                       
                                                 mcm ni ..mcm bibir saya k...ha2 melatah jer..


                                                                  cantiknyer...
 

Biasanya Ada org yg bibirnya Hitam...bila pakai lipstick mmg tak cantikkan coz warna Hitam bibir buatkan colour lipstick tu tak nmpak or nmpak kelamkan?

Tipsnya mudah jer...bila time pakai bedak asas kt muka tu u all tekap sikit kt bibir tu..Sapu rata2 jgn byk sgt tau nanti jdi lipstick plak bedak asas tu.

Pastu baru apply lipstick warna pilihan korang...skrg see.. Hasilnya bibir Jadi lebih munggil and Seksi gitu..cara ni jugak boleh buatkan lipstick korang tahan lama...Cory tak de pic,so bosanla cikit entry ni..update guna iPad..Ada masa Sya letak pic..
Selamat mencuba..

Tuesday, 1 May 2012

Wajah Kesayangan Hamba


Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya

Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia

Rambut panjang terurai
Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita

Bibir merah delima
Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia

Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan

Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa

Wednesday, 25 April 2012

Wajah bayi akan sentiasa berubah

Betulkan kata org2 tua.. Wajah baby mmg setiasa berubah..tak tgk seminggu pun dah rasa lain..jika tgk balik pic yaya masa bru lahir..sepanjang dlm pntang..mmg berbeza..skrg muka ya bulat..pipi pun tembang..last timbang bln April Aritu..7.5kg..berat jugak si yg bru 6 bln ni..

Bila tgk gambar lama dia..rasa rindu jer dgn wajah pertama itu..muka kesian..muka sedih..berbnding skrg mukanya lain sgt..mmg skrg lg comel tp aku Suka wajah dulu..wajah naif yg matanya Akan memandang mata aku bila aku bg susu badan..tgk muka skrg..aku rasa janggal..mcm bkn anak aku plak..sedihkan..rasa aku kehlgn sesuatu plak..aku rindukan Kenangan dulu..aku msih berada di situ sdgkan yaya sedang membesar di blkgku..ginila nasib bila Hidup berjauhan dgn ank..aritu hmpir berbulan jugak aku tak balik kg..urm..

Aku try gak kut2 yaya nk myusu badan blik.tp dia xnak..kesian akukan..trsa jauh plak dri anak sndri..tu tak Kira lg..kdg2 time aku blik kg pun yaya tidur dgn nenek dia...apakah perasaan ini..apakah..mama syg yaya..

Saturday, 21 April 2012

koleksi make-up

aku nak habiskan koleksi make-up ni..sapa2 yang berminat sila pm k..


DVNNI 6 colour contour & brush palette
~ada 1 hightlight
~1 bedak
~shading coklat gelap
~shading coklat cerah
~1 pemerah pipi
HARGA: RM 30 shj
~cpt tggl 3 unit saja lagi!!!


naturactor Original
RM 30shj
Available:
141- 2pcs
152- 1 pcs



cc cream 
HARGA: RM 9 je
fungsi sama dgn bb cream tp lbih halus...
Available:
~puple colour
~light
~medium
4 pcs only



 span make-up 3 segi
boleh dgunakan berulang kali, sesuai untuk ratakan bedak asas atau untuk shading
setiap pek mgandungi 16 span...wow byk tu!!!
Rm 8 only...



   Kajal celak arab
product y sgt popular,warna hitam yang sgt pekat.
rm3 shj



brush make up - RM9
stok 2set lagi
senang nak bawa kemana2





eyeliner SKIN79 - RM13
stok 2 pcs

Tuesday, 17 April 2012

Tanda-tanda badan bertoksik

Perhatikan 25 petanda ini pada anda

Informasi ini berguna untuk panduan anda semua .......
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

 i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit
berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh
semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang. c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT

Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. 23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Entry ini aku ambik dari www.susu.com yang aku Kira perlu disebarkan untuk kebaikkan manusia
Sila kunjungi website ini untuk melihat info2 tag kesihatan serta boleh juga beli produk kesihatan..jujur aku katakan website ini byk info berguna..bye2

Wednesday, 4 April 2012

isteri pilihan suami

Isteri Solehah



Ciri-ciri isteri solehah- Mengakui dan menerima kenyataan bahawa
suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.

Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

Firman Allah:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi
kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka
(lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki)
telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).

- Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih
utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab,
suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama
diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).


Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan
menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi
dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami
yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami
atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus
menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan
terhadap isteri.

Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa
membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana
hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam
kehidupan suami.

- Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati
suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang
menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah s.a.w. bersabda: 
Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin
(suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain
isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika
suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami
bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana
bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta
menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat
membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam.
Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian
taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan
pelbagai hal yang tidak wajar.

- Berusaha menambah ilmu
pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya
sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah
seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

Sabda Rasulullah s.a.w.,
 Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu
daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan
agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak,
kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).

Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang
masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah,
Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik.
Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka,
bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah
menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi
panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat
bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh
kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah memberi panduan, 
Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri
yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada
satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain
amat disenanginya. (Hadis sahih).

- Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu
bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin
kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap
kedua-dua ibu bapanya.

- Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan
solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.

- Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang
ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya
ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga
dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti
doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang
isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku
dan urusan akhiratku.''

Sumber: mr mama

Cinta Suami Dan Redha Ilahi | iluvislam.com discover the beauty of islam

Cinta Suami Dan Redha Ilahi | iluvislam.com discover the beauty of islam

Tuesday, 3 April 2012

Bangun lambat dan kelas plak gabung

Pagi ni aku bangun lambat ho..ho
Sebenarnya aku dah bangun pukul 6.30 am tp bilik air lak ada org guna Coz Tggu ler sambil termnggu2 sampai terlelap.hu2.. Tp smpat gak aku set alarm 10 minit..bila jam bunyi aku bangun tp bangun Utk ttp jam jer..wakaka..

Bgun jer lps tu dah kul 7.30 am waaa...menjerit mak!!.. Nasib baik aku mmg set jam tu 10 minit awal( he2 ada ker org awlkan sampai 10 minit..aku belasah jek)

Apa lagi berdesut aku masuk bilik air..mandi kerbau Kot..tp smpat gak gosok gigi and cuci muka..mandi tp xsabun la...(apala..dah tua2 pun mcm ni) aku bukan perfect ok?

Bukan apa ..keta aku kan parking kt luar umah (selalu kita kna parking luar.kenapa?)aku kan parking dpn pagar so mestilah block keta diaorg..lau aku lmbt mesti dia org pun lmbt g klas..
Malas nnti org bercakap kt blkg plak (hey pmpn mmg mcm tu) hurm...

Sampai kelas plak ramai giler org..rupanya kelas gabung arini..mana nk dop ni kapasiti kelas 50 org tp yg ada skrg lebih seratus Kot..dah la panas hu2..
Masalah bila klas gabung ialah klas bising jdnya..yg dop blkg asyik sembang jer..rimas la
Yg dop kt luar pun ada(sapa suh dtg lambat ..he2)

Xperlah harap2 lps ni klas xgabung agi n aku pun x Bgun Lwat agi..hu2 bertahan untuk habiskan setahun ini..cayok! Cayok!

Blog tiba-tiba tak leh nak sign in

Cuka gak tadi ,tiba2 blog kesygn aku ni xbleh nk bkak a.k.a xleh nak sign in..
Tamak yer dah jem Coz aku asyik tukar template jer..nk cari yg sesuai..lum jmpa lg..
Tmbhan aku guna iPad..so bukan semua benda dia support..

Dulu aku pnah gak wat blog. ...tp masa tu bru bertatih..sampai skrg blog xleh buka..personal punya pndgn la ni..bka blog lau guna gmail mmg mcm tu..sama lak lau guna Utk emel..kdg2 xleh buka walaupun betul emel n passwordnyer..sbb tu skrg ni aku guna emel Yahoo!..dr zaman tok kaduk lg tu tp still leh guna...

Tp beberapa hari lepas aku guna gak emel gmail Utk sent PDF file kt lecturer aku..bukan emel aku..emel kwn aku k..Coz emel gmail baru ku pun tiba2. Xleh buka tp bila aku guna iMessage kt iPad ok plak.
Entahlah mybe aku yg xpndai guna Kot..so apa plak pendapat korang tlg gmail?

Oklah aku kna out Coz jam dah nk kul 2 pg esok aku ada kls pagi..bye..